Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Belia Singapura raih tempat teratas indeks pembangunan belia

    SINGAPURA, 5 MEI – Singapura menduduki tempat pertama dalam tinjauan global bagi pembangunan belia yang mengukur status golongan muda dan kecekapan, keupayaan dan peluang ekonomi mereka untuk penyertaan penuh sebagai rakyat aktif di negara mereka.

    Republik itu menduduki tempat terbaik dalam pembangunan belia secara keseluruhan bukan sahaja dalam kalangan 56 negara anggota Komanwel tetapi juga berbanding 182 negara di seluruh dunia.

    Laporan Indeks Pembangunan Belia Global (YDI) telah disusun dan baru dikeluarkan oleh Komanwel yang sebahagian besarnya adalah bekas wilayah Empayar British.

    Pada peringkat global, tinjauan mendapati Singapura menikmati tahap pembangunan belia tertinggi pada 2023, diikuti oleh Denmark, Portugal, Iceland dan Slovenia.

    “Laporan itu mengkaji sejauh mana golongan muda belajar, memperoleh pendapatan dan menjalani kehidupan yang sihat, terlibat dan aman. Ia juga menunjukkan sama ada mereka hidup dalam masyarakat yang menghargai pandangan mereka, mengambil kira perspektif mereka dan mengiktiraf sumbangan mereka,” kata Baroness Patricia Scotland, seorang peguam terkemuka Britain yang kini berkhidmat sebagai setiausaha agung Komanwel.

    Kedudukan pertama Singapura diperoleh dengan skor YDI keseluruhan 0.868. Brunei berada di kedudukan ke-27 di peringkat global, dengan skor 0.810, manakala Malaysia dinilai sebagai tempat ke-35 di dunia, dengan skor 0.802.

    Kajian itu juga memuji Brunei sebagai ‘antara negara meningkat paling banyak kedudukan berbanding negara Komanwel lain’ sejak laporan YDI keluar sebelumnya iaitu pada 2020. – ANN/The Straits Times

    Tinjauan global YDI mengukur status golongan muda sebagai rakyat yang aktif di negara mereka. – ANN/The Straits Times
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...