Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Kemalangan ragut 1 nyawa, puluhan cedera

    SEOUL, KOREA SELATAN, 16 JAN – Hampir 50 buah kenderaan bertembung di lebuh raya berais berhampiran ibu negara Korea Selatan semalam, membunuh seorang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

    Sekurang-kurangnya 47 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di lebuh raya Guri-Pocheon, akibat jalan licin, kata Hwang Tae-geun, seorang pegawai di jabatan bomba di bandar Pocheon.

    Kim Dong-wan, pegawai di jabatan bomba di wilayah Gyeonggi utara, berkata tiga orang pemandu mengalami kecederaan serius dan seorang lagi yang telah dihantar ke hospital akibat serangan jantung disahkan meninggal dunia.

    Kira-kira 29 yang lain dirawat di hospital kerana cedera ringan, katanya. Nahas berlaku berhampiran bahagian lebuh raya memasuki Pocheon, iaitu kira-kira 40 kilometer (25 batu) di utara Seoul. – AP

    Keadaan salji tebal melanda Korea Selatan yang menyekat kenderaan di lebuh raya dalam salji tebal di Pyeongchang, kira-kira 126 kilometer (78 batu) timur Seoul, Korea Selatan. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...