Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    Ribuan sertai perarakan

    DUBAI, 16 JAN – Ribuan penonton menyaksikan perarakan sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini di Expo City Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

    “Perarakan Besar Selamat Tahun Baharu Cina sepanjang dua kilometer itu menarik ribuan penonton,” menurut Xinhua.

    Sebelum perarakan itu Duta Besar China, Zhang Yiming berkata “ia adalah ‘Tahun Baharu Kecil’ pada hari Sabtu mengikut kalendar lunar Cina, menandakan Festival Musim Bunga atau Tahun Baharu Cina semakin hampir.” Tahun Baharu Cina jatuh pada 22 Januari 2023, menandakan permulaan tahun Arnab.

    “Perarakan besar tahun ini mempamerkan semangat ketekunan, keberanian, perpaduan, kerjasama dan ketabahan masyarakat Cina. Ia juga menggambarkan keyakinan dan keazaman rakyat China dan UAE untuk mencipta kehidupan yang lebih baik,” kata Zhang.

    Perarakan itu membabitkan lebih 60 formasi dan 20 kereta berhias yang meraikan budaya dan tradisi Cina, menurut Li Xuhang, konsul jeneral China di Dubai. “Lebih 300,000 anggota masyarakat Cina di luar negara memulakan perniagaan dan bekerja keras di UAE, bertapak di kawasan tempatan dan mempromosi persahabatan China-UAE,” kata Duta Besar China itu. – Bernama

    Sekumpulan polis tempatan dilihat berarak semasa sambutan Tahun Baharu Cina di Expo City Dubai, baru-baru ini. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...