Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Kemboja tidak akan laksana perintah berkurung

    PHNOM PENH, 22 FEB – Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen hari ini mengatakan tidak akan ada perintah berkurung di ibu negara, Phnom Penh atau lokasi lain meskipun peningkatan harian dalam kes-kes baharu COVID-19.

    Negara beraja itu mencatatkan 598 kes baharu hari ini, semuanya disahkan varian Omicron dan dua kematian, kata kementerian Kesihatan.

    Secara keseluruhan, Kemboja telah merekodkan 127,575 kes COVID-19, dengan 121,125 sembuh dan 3,022 kematian, tambahnya.

    “Sebagai perdana menteri yang mempunyai kuasa mutlak bagi mengarahkan penutupan atau pembukaan, saya tidak akan melaksanakan sebarang langkah-langkah perintah berkurung.

    Maka, jangan cemas atau melakukan pembelian panik di kedai-kedai,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian pembinaan kilang rawatan air di pinggir Phnom Penh.

    “Kita tidak perlu melaksanakan perintah berkurung di bandar ini atau mana-mana lokasi kerana rakyat kita divaksinasi sepenuhnya, maka jangkitan tidak akan membawa kepada penyakit teruk,” katanya.

    Menurutnya, beliau memutuskan melaksanakan perintah berkurung di Phnom Penh dan bandar berdekatan, Ta Khmau pada April 2021 kerana pada masa itu, kebanyakan populasi negara belum lagi divaksin.

    Namun sekarang, negara itu sudah pun mencapai kadar vaksinasi tinggi dan imuniti kelompok mantap, katanya, menambah bahawa negara itu sudah pun dibuka sepenuhnya sejak pertengahan November tahun lalu. – Xinhua

    Orang ramai berbaris di luar sebuah pejabat pos untuk membeli kit ujian antigen pantas (ART) COVID-19 di Phnom Penh ketika negara itu menyaksikan peningkatan kes varian Omicron. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...