Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    PM sementara Libya janjikan pilihan raya menjelang Jun

    KAHERAH, 22 FEB – Perdana menteri Libya yang ditentang memberi amaran bahawa penubuhan kerajaan sementara baharu boleh mencetuskan perang dan huru-hara di negara Mediterranean itu setelah selama sedekad dalam kekacauan.

    Perdana Menteri, Abdul Hamdi Dbeibah semasa berucap di hadapan rakyat Libya kelmarin mengulangi pendiriannya bahawa beliau akan menyerahkan kuasa hanya kepada kerajaan yang dipilih. Dia memetakan rancangan yang mungkin tidak realistik untuk mengadakan pilihan raya pada Jun nanti.

    Dbeibah menggelar sebarang rancangan untuk menubuhkan kerajaan sementara sebagai “semberono” dan “sandiwara” yang boleh membawa kepada lebih banyak peperangan. Beliau merujuk kepada usaha berterusan Dewan Rakyat untuk mengesahkan kerajaan baharu yang dipengerusikan oleh Fathi Bashagha yang dilantik sebagai perdana menteri.

    “Saya tidak akan terima dengan apa jua bentuk untuk menyerahkan kuasa yang menyebabkan huru-hara,” katanya. Menurutnya, pilihan raya adalah satu-satunya penyelesaian.

    Parlimen yang berpangkalan di Timur awal bulan ini menamakan Bashaga, bekas menteri dalam negeri dari bandar Misrata di Barat, untuk membentuk kerajaan sementara yang baharu. Beliau perlu menyerahkan kabinetnya kepada parlimen minggu ini. Pelantikan Bashagha adalah sebahagian daripada pilihan raya yang ditetapkan dalam tempoh 14 bulan akan datang. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...