Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Kereta James Bond dijual £3 juta

    LONDON, 30 SEPT – Replika Aston Martin DB5 yang digunakan untuk lagak ngeri dalam filem blokbuster James Bond ‘No Time to Die’ dijual dengan harga £3 juta pada pelelongan baru-baru ini, kata firma pelelongan Christie’s.

    Hasil jualan, yang berjumlah £2.92 juta (AS$3.18 juta), akan diderma kepada badan kebajikan, bersama dengan resit daripada jualan 24 barangan lain yang dilelong pada jualan khas sempena ulang tahun ke-60 007.

    Replika itu datang bersama mesingan tiruan di belakang lampu besar.

    Selain itu, 35 barangan lain telah dijual dalam pelelongan dalam talian sehingga 5 Oktober. Replika Aston, salah satu daripada lapan kereta yang direka dan dikeluarkan khas untuk filem 2021, adalah satu-satunya kereta lagak ngeri DB5 yang dijual oleh Aston Martin dan penerbitan EON, menurut Christie’s.

    Barangan lain yang dijual termasuk kereta serta kostum dan aksesori terkenal yang dikaitkan dengan francais itu. – AFP

    Kereta Aston Martin DB5 daripada filem ‘No Time to Die’ dipamerkan sebelum pelelongan Christie’s di London baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...