Monday, May 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sarawak bincang mekanisme salur bantuan bersasar dalam masa terdekat

    KUCHING, 7 MEI – Sarawak akan berbincang dengan kerajaan persekutuan mengenai kaedah pelaksanaan penyaluran bantuan bersasar buat penerima layak dalam kalangan rakyat negeri itu dalam masa terdekat.

    Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri – Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata hal itu bagi memastikan kepentingan rakyat terutamanya dari segi data mereka dilindungi.

    “Kerajaan Sarawak melalui agensi berkaitan termasuk agensi Persekutuan di Sarawak akan mengenal pasti mekanisme terbaik bagi penyaluran bantuan bersasar kepada penerima layak.

    “Ia bagi memastikan tiada rakyat Sarawak yang layak tercicir daripada menerima bantuan,” katanya menjawab soalan Razaili Gapor (GPS-Beting Maro) semasa sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

    Razaili ingin tahu rancangan Sarawak untuk melaksanakan bantuan bersasar susulan keputusan kerajaan negeri menangguhkan proses pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebelum ini.

    Sharifah Hasidah berkata, Sarawak juga bersedia untuk melaksanakan bantuan subsidi bersasar daripada kerajaan per-sekutuan menggunakan data yang sedia ada pada agensi-agensi di negeri ini.

    “Ia mekanisme serupa dengan pelaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS),” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...