Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Nama Anna Jobling diburukkan?

    Pelakon Anna Jobling enggan ambil pusing mengenai isu seorang pelakon wanita yang didakwa memburukkan namanya di media sosial.

    Menurut Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, dia percaya rezeki tidak salah alamat.

    “Saya sedar perkara ini daripada peminat. Saya tak kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau saya? Buat apa nak dengki dengan orang.

    “Rezeki tak salah alamat. Saya percaya rezeki masing-masing. Saya tak ganggu sesiapa, kenapa nak ganggu saya pula?

    “Saya terkejut kerana saya pernah berlakon dengan dia. Hubungan saya dan dia macam biasa sahaja,” katanya.

    Menurut Anna, tiada keperluan untuk dia bersemuka dengan pelakon itu kerana bukan dirinya yang memulakan sengketa. – Agensi

    Terdahulu, seorang pelakon wanita didakwa mempertikaian penampilan Anna yang dijemput menghadiri sebuah program hiburan. Isu ini menjadi perbualan peminat dan penyokong Anna di laman Twitter.

    Tambah bintang Melur Untuk Firdaus ini, tiada keperluan untuk dia bersemuka dengan pelakon itu kerana bukan dirinya yang memulakan sengketa.

    “Saya takkan merendahkan diri ke tahap sebegitu. Saya akan terus bekerja kuat, berfikiran positif dan sibuk dengan hal sendiri. Semakin awak dengki dengan orang, semakin sikit rezeki awak.

    “Kalau saya berjumpa dengan dia selepas ini, saya akan tetap menjadi diri sendiri. Jika awak dengki dengan saya, itu masalah awak, bukan masalah saya.

    “Saya baik-baik sahaja, saya ada peminat yang tak lelah menyokong. Itu yang saya mahu fokuskan,” katanya.

    Anna ditemui usai pementasan pertama teater Maduku Terpaling Kalut di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJPAC), 1 Utama.

    Selain Anna, teater arahan Azhar Zainal yang dipentaskan bermula 29 September sehingga 2 Oktober ini turut menampilkan Azrel Ismail, Puteri Sarah, Syafiq Naser, Curly Jow dan Aya Amiruddin. Hari pertama pementasan terbabit berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 200 penonton serta selebriti seperti Dafi, Zulin Aziz, Zoey Rahman, Ramlah Ram, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...