Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Vietnam rai 70 tahun sejak pertempuran Dien Bien Phu

    DIEN BIEN PHU, 8 MEI – Vietnam kelmarin meraikan ulang tahun ke-70 pertempuran Dien Bien Phuin di mana tentera kolonial Perancis dikalahkan oleh tentera Vietnam, menandakan berakhirnya pendudukan Perancis di Indochina.

    Di Dien Bien Phu, tentera Vietnam yang diketuai oleh Jeneral Vo Nguyen Giap, mengejutkan tentera Perancis dengan tembakan artileri berat di garison pergunungan mereka di barat laut Vietnam.

    Apabila Dien Bien Phu jatuh pada tahun 1954, ia menandakan berakhirnya hampir satu abad pemerintahan kolonial Perancis.

    “Kemenangan bersejarah Dien Bien Phu adalah peristiwa yang luar biasa, bukan sahaja untuk revolusi Vietnam,” kata Perdana Menteri Pham Minh Chinh dalam ucapan pada majlis itu. “Ia juga merupakan kisah monumental yang memberi inspirasi kepada negara-negara bangkit untuk memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan, menandakan keruntuhan penjajahan di seluruh dunia.”

    Pada pagi kelmarin, peringatan itu diadakan di sebuah stadium di tengah-tengah Dien Bien Phu, suatu ketika dahulu merupakan lembah yang padat dengan parit, wayar berduri dan kawah bom. Ia kini sebuah bandar dengan lebih daripada 80,000 orang.

    Beribu-ribu penduduk tempatan dan veteran dengan dada penuh pingat, kebanyakannya berusia 90-an, bersorak dan mengibarkan bendera Vietnam ketika perarakan tentera berarak di bawah hujan tropika yang singkat.

    Salah seorang veteran, Nguyen Trung Dung, 94, berkata acara itu adalah peluang yang baik untuknya bertemu dengan rakan-rakannya, mereka yang pernah berjuang bersama dalam pertempuran Dien Bien Phu.

    Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Perancis Sebastian Lecornu, kali pertama pegawai tinggi Perancis seperti itu melawat bekas medan perang dan menghadiri peringatan di Dien Bien Phu. – AP

    Veteran menyaksikan perarakan memperingati kemenangan pertempuran Dien Bien Phu di Dien Bien Phu, Vietnam, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...