Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Liputan diperluas, cuti bersalin 98 hari antara cadangan pindaan Ordinan Buruh Sabah

    KOTA KINABALU, 7 MEI – Cadangan pindaan terhadap Ordinan Buruh Sabah (OBS) yang dikuatkuasan sejak 1950 itu, melibatkan 12 pindaan utama kepada 62 fasal, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata, OBS hanya pernah dipinda pada 2005, dan cadangan pindaan terkini itu melibatkan langkah memperluas OBS kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji atau jenis pekerjaan dan tempoh cuti bersalin dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari.

    Selain itu katanya, antara inti pati penting cadangan pindaan itu juga melibatkan suami diberi cuti paterniti selama tujuh hari kepada semua isteri yang sah tetapi hanya untuk lima anak pertama dan waktu kerja minggu dikurangkan daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu.

    “Tempoh 19 tahun (sejak 2005) ialah tempoh yang lama dan sesuatu undang-undang itu perlu dikaji semula untuk ditambah baik terutamanya undang-undang melibatkan kebajikan pekerja dan keperluan majikan untuk menjalankan perniagaan.

    “Sudah pasti undang-undang lebih terkini dan tidak ketinggalan dapat menarik lebih banyak syarikat luar melabur dengan lebih yakin dan selesa ke Sabah. Pindaan ini tepat pada masanya kerana kerajaan negeri amat memerlukan perundangan perburuhan
    relevan dan sesuai dengan situasi semasa,” katanya di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Tripartite Hari Pekerja Peringkat Negeri Sabah 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Everest ditemui

    KATHMANDU, 19 MEI - Pasukan penyelamat menemui mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Gunung Everest, menurut penganjur ekspedisi, hari ini, sekali gus mengesahkan...