Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Lelaki ditembak mati oleh polis Australia

    SYDNEY, 10 JAN – Polis di negeri New South Wales (NSW) di Australia hari ini mengisytiharkan siasatan insiden kritikal selepas seorang lelaki ditembak mati di Nowra.

    Menurut kenyataan pasukan Polis NSW, tepat sebelum jam 1 petang waktu tempatan hari ini, pegawai dipanggil ke klinik perubatan di Junction Street di Nowra, sebuah bandar yang terletak kira-kira 155 kilometer di barat daya Sydney, setelah menerima laporan seorang pesakit mengeluarkan senjata api.

    “Sekitar jam 2:40 petang, lelaki itu, bersenjata dengan senjata api, keluar dari premis dan berhadapan dengan pegawai. Dia ditembak dan segera dirawat oleh pegawai dan paramedik ambulans NSW, tetapi meninggal dunia di tempat kejadian. Dia masih belum dikenal pasti secara rasmi, ” kata polis.

    Pihak berkuasa juga menyatakan bahawa pasukan insiden kritikal akan menyiasat keadaan sekitar kejadian itu dan siasatan akan tertakluk kepada semakan bebas.- Xinhua

    Gambar hiasan Freepik

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tindakan China undang bahaya terhadap helikopter tentera laut Australia

    MELBOURNE, 6 MEI - Australia telah mengemukakan bantahan kepada Beijing bahawa sebuah jet pejuang China telah membahayakan sebuah helikopter tentera laut Australia dengan suar...