Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Lula ambil alih kerusi Presiden Brazil

    BRASILIA, BRAZIL, 1 JAN – Presiden Brazil yang dilantik, Luiz Inacio Lula da Silva hari ini akan mengangkat sumpah di ibu kota, Brasilia dan akan memegang jawatan berkenaan buat kali ketiga, yang menandakan kemuncak kebangkitan politik yang cukup menggembirakan penyokong namun menimbulkan kemarahan para pembangkang di negara berkenaan.

    Tetapi pemilihannya sebagai presiden kali ini tidak sama seperti sebelum ini, selepas persaingan paling sengit untuk merebut jawatan presiden dalam tempoh lebih tiga dekad di Brazil dan tentangan daripada lawannya, kata penganalisis politik.

    Lula, yang berhaluan kiri, telah menewaskan Presiden berhaluan kanan, Jair Bolsonaro dalam hari pembuangan undi pada 30 Oktober lalu, dengan kurang daripada dua peratus perbezaan mata.

    Selama berbulan-bulan, Bolsonaro telah meningkatkan keraguan mengenai keberkesanan undian elektronik Brazil dan penyokongnya enggan menerima kekalahan.

    Akibatnya ramai berkumpul di luar berek tentera, mempersoalkan keputusan undian dan merayu tentera untuk menghalang Lula daripada memegang jawatan.

    Penyokong tegarnya telah melakukan sesuatu yang dianggap oleh pihak berkuasa dan beberapa orang pegawai pentadbiran Lula sebagai tindakan pengganas.

    Sesuatu yang belum pernah berlaku sejak awal 1980an, yang telah menyebabkan kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat menjelang acara pelantikan rasmi nanti.

    “Pada tahun 2003, acara berkenaan sangat indah. Tiada cuaca yang buruk,” ujar Carlos Melo, profesor sains politik di Universiti Insper, Sao Paulo yang merujuk kepada pertama kali Lula menjadi presiden. “Hari ini, ia iklim yang ganas.” – AP

    Gambar fail bertarikh 12 Disember 2022 menunjukkan Lula tersenyum semasa di Mahkamah Pilihan Raya Tertinggi di Brasilia, Brazil. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi perisik Seoul beri amaran kepada Korea Utara

    SEOUL, 3 MEI - Agensi perisik Korea Selatan berkata hari ini bahawa Pyongyang sedang merancang serangan pengganas yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di...