Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    MBAG Brunei menang golf Merceday Benz 2023

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Kontinjen dari Mercedes Benz Automobil Group (MBAG) Brunei berjaya menjuarai Pertandingan Golf yang diadakan semasa acara Merceday Benz Antarabangsa 2023 kelima yang diadakan di Bandung, Indonesia.

    Acara tersebut merupakan anjuran Kelab Mercedes Benz Indonesia (MBCI) yang diadakan setiap dua tahun. Merceday Benz menghimpunkan ahli kelab Mercedes Benz dari seluruh rantau Indonesia dan negara lain seperti Brunei, Malaysia, Singapura dan India.

    Kontinjen dari Brunei Darussalam diketuai oleh Presiden MBAG Brunei, Haji Rahman bin Haji Mohsin, bersama 25 ahli yang mengikuti pertandingan golf yang diadakan di Parahyangan Golf, Bandung.

    Kontinjen itu berjaya memenangi pertandingan golf persahabatan yang diadakan pada 3 Mac lalu menentang Kelab Mercedes-Benz Owners Indonesia Golfers (MBOIG) dengan kontinjen Brunei memperoleh pendahuluan tiga mata pada penghujung perlawanan.

    Haji Rahman melahirkan rasa bangga dengan pencapaian itu kerana kumpulannya sebelum ini belum pernah menampakkan hasil yang memuaskan sejak mereka menyertai Merceday Benz dengan pelbagai kumpulan Mercedes Benz selama tiga tahun berturut-turut.

    “Kami sangat gembira memenangi pertandingan ini. Ia adalah kali pertama kami mewakili Brunei dan kami akan kembali dalam masa dua tahun lagi untuk mempertahankan trofi itu,” tambah Haji Rahman, yang turut menerima Piala Challenger bagi pihak MBAG Brunei pada akhir pertandingan daripada Ketua Pegawai Eksekutif MBCI, Choi DJ.

    Selain memenangi pertan-dingan tersebut, salah seorang ahli MBAG, Haji Suhaimei bin Haji Awang Besar turut memenangi anugerah Best Nett semasa pertandingan golf.

    Sementara itu, Merceday Benz 2023 diteruskan sehingga 5 Mac yang menyaksikan pameran kereta Mercedes Benz, peraduan, persembahan muzik, pameran daripada pelbagai kelab Mercedes Benz Indonesia dan banyak lagi aktiviti diadakan di premis sekitar Hotel Mason Pines, Bandung, Jawa Barat, Indonesia.

    Ahli-ahli yang hadir semasa lawatan ke Bandung, Indonesia.

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...