Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    PB juara debat Piala canselor

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Pasukan dari Politeknik Brunei (PB) muncul juara dalam peringkat akhir Pertandingan Debat Piala Canselor 2022 anjuran Universiti Teknologi Brunei (UTB) yang diadakan di Teater Kuliah 2 UTB, kelmarin.

    Peringkat akhir berkenaan menyaksikan PB bertanding dengan pasukan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang menduduki tempat kedua, manakala itu, tempat ketiga dimenangi oleh pasukan UTB.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah ialah Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Turut hadir ialah para pegawai utama UTB, kakitangan, pelajar dan orang awam.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat sebelum ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Pertandingan Debat Piala Canselor, Majlis Perwakilan Pelajar UTB Sesi 2022/2023, Dayang Adriana Muzfirah binti Haji Roslan.

    Acara itu kemudiannya diteruskan dengan pusingan akhir debat yang dinilai oleh Ketua Pengajaran dan Pembelajaran CfBT, Robert Tunnell; Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Muhammad Yadiy bin Haji Mat Yassin; dan Melvin bin Moning selaku wakil dari UTB.

    Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah pertandingan badminton, catur, e-sukan, frisbee dan debat oleh tetamu kehormat.

    Majlis penutup Piala Canselor 2022 akan diadakan pada 18 Mac di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.

    ATAS & BAWAH: Naib Canselor UTB bergambar ramai dengan para pemenang. – Gambar serahan UTB

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...