Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Meloni seru semua pihak bersatu tangani cabaran

    ROM, 24 OKT – Perdana menteri baharu Itali, Giorgia Meloni kelmarin menyeru semua pihak bersatu-padu untuk mendepani ‘pelbagai cabaran’, lapor agensi berita Xinhua.

    Meloni, ketua parti Brothers of Italy yang berhaluan kanan menerima mandat membentuk kerajaan baharu selepas partinya memenangi 26 peratus undi dalam pemilihan baru-baru ini.

    Pada pemilihan itu partinya bergabung dengan parti Forza Italia pimpinan bekas perdana menteri Silvio Berlusconi dan Liga Eurosceptic yang diketuai Matteo Salvini, kedua-duanya memperoleh lapan peratus undi.

    Berucap pada mesyuarat Majlis Menteri pertamanya, Meloni berkata: “Kita mesti bersatu untuk mendepani pelbagai kecemasan yang dihadapi negara.”

    Menurut laporan media, Meloni merujuk kepada peningkatan kadar inflasi, kelembapan ekonomi, kekurangan tenaga semasa musim sejuk dan kesan berterusan konflik antara Rusia dan Ukraine. – Bernama

    Perdana Menteri baharu Itali Giorgia Meloni membunyikan loceng menteri kabinet semasa mesyuarat kabinet pertamanya di pejabat Perdana Istana Chigi, di Rom. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...