Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mitchell pimpin Jazz benam Mavericks

    DALLAS, 17 APRIL – Bojan Bogdanovic meletakkan Utah mendahului di depan sebelum separuh masa, Donovan Mitchell menjadi agresif pada separuh masa kedua dan satu-satunya jaringan yang dibuat oleh Royce O’Neale adalah satu jaringan lewat untuk Jazz.

    Sementara itu, apa yang boleh dilakukan oleh pemain pengawal yang cedera, Luka Doncic untuk Dallas Mavericks hanyalah menonton dari bangku simpanan, di mana pada satu ketika dia dilihat mengunyah bertih jagung.

    Mitchell menjaringkan 30 daripada 32 mata selepas rehat, Bogdanovic menamatkan dengan 26 mata dan Jazz membuka playoff dengan kemenangan 99-93 kelmarin ke atas Mavericks, yang telah mengurangkan defisit sebanyak 11 mata kepada satu sebelum O’Neale menjaringkan three-point.

    Mavs, pasukan pilihan keempat tersebut, memulakan perlawanan playoff di laman sendiri buat kali pertama sejak musim kejuaraan NBA mereka pada 11 tahun yang lalu, terlepas pemain superstar berusia 23 tahun mereka itu walaupun Jalen Brunson memperoleh 24 mata dan Spencer Dinwiddie mencatat 22 mata. Doncic mengalami ketegangan pada betis kirinya enam hari lebih awal dalam perlawanan akhir musim biasa.

    Bogdanovic hanya memberikan dua jaringan three-point untuk Utah sebelum separuh masa, dalam keputusan 13-2 sepanjang tiga jam setengah yang meletakkan Jazz mendahului.

    Mitchell, yang kelihatan sentiasa memberikan prestasi permainan terbaik dalam pasca musim, berjaya melakukan satu daripada sembilan percubaan menjaring sebelum bangkit pada separuh masa pertama.

    Dengan Doncic memakai baju hoddie hitam di bangku simpanan, Mavericks memperoleh 92-91 menerusi jaringan three-point oleh Maxi Kleber dengan perlawanan berbaki 2:12 minit. Selepas Mitchell tersasar, Mavs berpeluang mendahului pada separuh masa kedua, tetapi Kleber terlepas satu lagi percubaan dari jarak jauh. – AP

    Aksi Spencer Dinwiddie mencari jalan untuk melepasi Danuel House Jr semasa separuh masa pertama perlawanan NBA. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...