Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kapal sarat minyak karam di Tunisia

    GABES, TUNISIA, 17 APRIL – Penyelam hari ini memeriksa badan kapal tangki yang sarat dengan 750 tan bahan api yang tenggelam di tenggara Tunisia, tanpa kebocoran dikesan setakat ini, kata pegawai.

    “Dengan keadaan cuaca bertambah baik, sekumpulan penyelam diiringi kapten dan jurutera kapal berkumpul di tapak untuk memeriksa badan kapal,” beritahu Mohamed Karray, jurucakap untuk mahkamah di bandar Gabes, yang sedang menyiasat insiden kapal karam semalam, kepada AFP.

    Xelo dengan bendera Equatorial Guinea sedang dalam perjalanan dari Mesir ke Malta apabila ia tenggelam.

    Gambar yang dikeluarkan oleh kementerian alam sekitar dan pertahanan menunjukkan penyelam sedang mengunjungi tapak di Teluk Gabes, dan seterusnya menyelam di tempat kejadian yang telah ditutup oleh tentera Tunisia.

    Gambar kementerian pertahanan menunjukkan kapal itu sebahagiannya tenggelam.

    Kru Xelo telah mengeluarkan panggilan kecemasan pada petang Jumaat dan berusaha mendapatkan perlindungan di perairan Tunisia akibat cuaca buruk sebelum karam, kata pihak berkuasa.

    Menteri Alam Sekitar Leila Chikhaoui, yang sedang berkunjung ke pelabuhan Gabes semalam untuk membantu menyelia respons, berkata situasi adalah ‘terkawal.’ – AFP

    Menteri Alam Sekitar Tunisia Leila Chikhaoui (dua kiri) melawat pelabuhan tenggara Teluk Gabes, selepas kapal tangki membawa 750 tan minyak tenggelam di luar pantai pada 16 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...