Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    New York diselimuti kabut kuning

    NEW YORK/MONTREAL, 8 JUN – Asap daripada kebakaran hutan Kanada telah menyelubungi New York dalam kabut apokaliptik yang memecahkan rekod semalam ketika bandar-bandar di sepanjang Pantai Timur AS mengeluarkan amaran pencemaran udara dan ribuan penduduk di Kanada terpaksa meninggalkan rumah mereka.

    Kebakaran dahsyat itu telah menyebabkan lebih 20,000 orang kehilangan tempat tinggal dan memusnahkan kira-kira 3.8 juta hektar tanah di Kanada, di mana Perdana Menteri Justin Trudeau menyifatkan musim kebakaran hutan itu sebagai yang paling teruk pernah berlaku di negara itu.

    Lebih 100 juta orang di seluruh timur laut Amerika Syarikat dan di kawasan barat hingga ke Chicago dan selatan ke Atlanta, berada di bawah amaran pencemaran selepas asap tersebut merebak hingga ratusan batu dari Kanada, kata Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) AS.

    Pencemaran tebal itu menyebabkan sinaran yang ganjil dan berwarna kekuningan meliputi pencakar langit terkenal di New York City, menyebabkan penundaan penerbangan dan memaksa perlaksanaan sukan ditangguhkan. – AFP

    Orang ramai mengambil gambar matahari berikutan asap yang muncul akibat kebakaran hutan di Kanada menyebabkan keadaan berjerebu di New York City pada 7 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...