Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    COVID terus hantui Zimbabwe

    HARARE, 8 JUN – Sekurang-kurangnya dua kematian direkodkan di Zimbabwe sepanjang minggu lepas akibat wabak COVID yang terus menghantui Zimbabwe walaupun sebahagian besarnya terkawal, kata kerajaan.

    Menurut taklimat media Kementerian Penerangan, Publisiti dan Perkhidmatan Penyiaran Zimbabwe semasa mesyuarat Kabinet pada Selasa lalu, dua kematian direkodkan minggu lalu sebagaimana berlaku pada minggu sebelumnya.

    Pemangku Kesihatan dan Penjagaan Kanak-Kanak yang juga Menteri bagi Hal Ehwal Presiden dan Pemantauan Pelaksanaan Program Kerajaan, Dr Jorum Gumbo memberitahu Kabinet bahawa negara itu perlu terus mengutamakan vaksinasi walaupun wabak itu terkawal.

    Kes kumulatif COVID di Zimbabwe mencapai 265,152 kes dengan 259,195 daripadanya pulih manakala 5,695 kematian mewakili kadar pemulihan 98 peratus dengan 262 kes aktif direkodkan.

    Bilangan kumulatif dos vaksin COVID yang diberikan pula mencatatkan 7,331,697 untuk dos pertama, 5,493,480 untuk dos kedua dan 2,130,998 lagi untuk dos ketiga yang menyaksikan perlindungan vaksin nasional sebanyak 65.2 peratus daripada 65.1 peratus minggu sebelumnya.

    Masyarakat digesa mendapatkan vaksin sambil melindungi diri mereka dengan mematuhi semua Langkah Kesihatan Awam dan Sosial COVID yang disyorkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...