Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Nieman rangkul gelaran Jelajah PGA kedua terbuka Riviera

    LOS ANGELES, 22 FEB – Setakat meraih par 71 sudah cukup untuk memberikan pemain kelahiran Chile berusia 23, Joaquin Neiman gelaran Jelajah PGA AS keduanya Ahad lalu, kemenangan dua pukulan dalam Jemputan Genesis di Riviera Country Club.

    Niemann tidak dapat menandingi pukulan 63 berturut-turut yang dilakukannya pada Khamis dan Jumaat lalu.

    Tetapi jumlah 19 bawah 265 memberikannya kemenangan dua pukulan ke atas pemain nombor dua dunia, Collin Morikawa dan pemain Amerika Syarikat (AS), Cameron Young.
    Morikawa melonjak naik di papan pendahulu dengan enam bawah par 65 yang mengagumkan untuk 267, manakala Young, yang memulakan hari ketiga ketinggalan, mendapat satu bawah 70.

    “Sejujurnya ia adalah hari yang sangat sukar hari ini,” akui Niemann, yang merasakan tekanan untuk melengkapkan kemenangan berturut-turut dan meraih gelaran kerjaya kedua selepas menang di The Greenbrier pada 2019. “Saya sangat gembira akhirnya selesai.”

    Nieman akhirnya dapat senyum apabila dia menerima trofi daripada tuan rumah kejohanan, Tiger Woods.

    “Dia adalah salah seorang idola saya, saya sentiasa menontonnya di TV dan saya masih melakukannya,” kata Niemann mengenai juara utama 15 kali, Woods, yang memenuhi tugasnya sebagai tuan rumah tetapi tidak bermain kerana dia terus pulih daripada kecederaan kaki yang teruk yang dialaminya semasa kemalangan kereta tahun lalu. – AFP

    Reaksi Joaquin Niemann meraikan bersama piala di samping Tiger Woods dan Jaehoon Chang pada 20 Februari lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...