Tuesday, May 7, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Pasukan Kasuka Ar Rawda semakin berbisa

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Pasukan Kasuka Ar Rawda berjaya merampas kembali kedudukan teratas Liga Futsal Brunei (BFL) 2023 selepas menewaskan pasukan Kota Ranger FC 6-5 di Dewan Serba guna Kompleks Sukan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Pertemuan berpesta jaringan itu menyaksikan sengatan Kasuka Ar Rawda jelas lebih berbisa dengan tirai jaringan disingkap menerusi Adee Ismawi bin Amir Rosdi pada minit ke-4 tetapi pasukan Kota Ranger menerusi Pengiran Mohd Khairul Huda bin Pengiran Osman berjaya menyamakan kedudukan beberapa saat selepas itu.

    Pertemuan terus rancak selepas Kasuka Ar Rawda kembali mendahului jaringan 2-1 menerusi Mohd Fardi Farhan bin Efendi pada minit ke-8 namun kelincahan Pengiran Mohd Khairul Huda membantu pasukan Kota Ranger menyumbat dua gol masing-masing pada minit ke-8 dan seterusnya mencipta hatrik pada minit ke-14 yang menyermarakkan lagi perlawanan.

    Kasuka Ar Rawda walau bagaimanapun tidak berdiam diri dan seterusnya menyamakan kedudukan 3-3 menerusi pemain import baharu, Abol Fazl Minouei dan sentuhan Muhd Nur Bazli bin Awang Besar sekali gus memberi kelebihan jaringan 4-3.

    Namun Mohd Iqramul Ahsanuddin bin Mohd Sambri telah berjaya menyamakan kedudukan sekali lagi buat Kota Ranger FC pada minit ke-24, ia bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pemain Kota Ranger, Abdul Suffian bin Haji Adanan pula memberi jaringan percuma kepada pasukan lawan pada minit ke-28.

    Pemain import, Mohamad Reza Rahmania yang dikawal ketat akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-34 dan kebangkitan pasukan Kota Ranger FC menerusi Mohd Haziq Harifzan bin Hardi pada minit ke-39 hanya sekadar merapatkan jurang kepada 6-5.

    Aksi pemain pasukan Kasuka Ar Rawda dan Kota Ranger FC semasa perlawanan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...