Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bangladesh temui medan gas baharu

    DHAKA, 22 MEI – Kerajaan Bangladesh telah mengumumkan penemuan medan gas baharu di daerah selatan Bhola.

    Menteri Kuasa, Tenaga dan Sumber Mineral Bangladesh, Nasrul Hamid hari ini secara rasmi mengumumkan Ilisha-1 Bhola sebagai medan gas ke-29 negara itu.

    Pengeluaran harian Ilisha-1 adalah sekitar 20 juta kaki padu, kata Hamid, sambil menambah bahawa ia dipercayai mempunyai rizab gas sebanyak 200 bilion kaki padu. Seluruh kawasan Bhola termasuk Ilisha-1 mempunyai rizab 3 trilion kaki padu gas.

    Medan gas tersebut ditemui oleh Bangladesh Petroleum Exploration Company (BAPEX) syarikat milik kerajaan, yang menemui lebih puluhan medan gas bersaiz kecil hingga sederhana.

    Bangladesh sebelum ini mempunyai 28 medan gas, dengan yang terbaru di Zakiganj di Sylhet, kira-kira 240km timur laut ibu kota Dhaka, ditemui pada Ogos 2021. – Xinhua

    Pengekstrakan gas dari telaga Ilisha-1 Bhola. – Dhaka Tribune
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...