Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok perlu kajian teknikal

    KUALA LUMPUR, 30 APRIL – Kajian teknikal berhubung pembinaan jambatan Menumbok-Labuan perlu dilaksanakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

    Beliau berkata perkara itu hasil perbincangan oleh pasukan petugas yang diterajui Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama-sama pihak berkepentingan.

    “Perkembangan terakhir berkenaan jambatan itu atau pasukan petugas, kita telah berbincang dengan pihak berkepentingan. 

    “Kajian teknikal belum ada lagi, jadi kita perlukan kajian teknikal untuk memastikan contohnya adakah ia (jambatan) benar-benar boleh dilaksanakan dan bajet yang dijangka kalau kita nak buat jambatan itu.

    “Itu semua perlu diambil kira,” katanya ketika ditanya pemberita berkaitan perkembangan pasukan petugas bagi pembinaan jambatan Labuan-Menumbok.

    Beliau ditemui pada program Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini, hari ini. 

    Menurut Dr Zaliha, sebelum ini hanya ada kajian kebolehlaksanaan berkaitan pembinaan jambatan Labuan-Menumbok, yang dijalankan oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM), namun kajian itu sudah agak lama. 

    Sebelum ini, JWP telah menubuhkan tiga pasukan petugas menumpukan terhadap pembangunan pelancongan, pembinaan jambatan Labuan-Menumbok dan meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal, sebagai usaha merancakkan ekonomi Labuan. – Bernama

    Dr Zaliha Mustafa bercakap kepada pemberita selepas sesi lawatan kerja di Pelabuhan Dermaga Merdeka Labuan pada 31 Mac lalu. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Penghadang besar mula dipasang

    FUJIKAWAGUCHIKO, 21 MEI - Sebuah bandar di Fujikawaguchiko, Jepun hari ini mula memasang penghadang besar di lokasi pemandangan popular Gunung Fuji, dalam usaha menghalang...