Wednesday, May 22, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Kes pertama selesema burung dikesan pada walrus

    OSLO, 30 APRIL – Kes pertama seekor walrus mati akibat selesema burung telah dikesan di salah sebuah pulau Artik Norway, kata seorang penyelidik kelmarin.

    Walrus itu telah ditemui tahun lalu di pulau Hopen di kepulauan Svalbard, beritahu Christian Lydersen, dari Institut Kutub Norway, kepada AFP.

    Ujian yang dijalankan oleh makmal Jerman mendedahkan kehadiran selesema burung, kata Lydersen. Sampel itu adalah terlalu kecil untuk menentukan sama ada ia adalah strain H5N1 atau H5N8.

    “Ini adalah kali pertama selesema burung telah direkodkan dalam walrus,” kata Lydersen.

    Tahun lalu, enam ekor walrus telah ditemui mati di kepulauan Svalbard, kira-kira 1,000 kilometer dari Kutub Utara dan pertengahan antara tanah besar Norway dan Kutub Utara.

    Lydersen berkata tidak mungkin sesetengahnya menghidap selesema burung.

    Walrus, yang boleh membesar dan mencapai berat sehingga dua tan, memakan ikan dan kerang, tetapi ada kalanya juga memakan burung yang hidup di persekitaran laut.

    Lydersen berkata adalah penting untuk memantau perkembangan semasa kerana walrus cenderung berkumpul bersama pada bulan-bulan musim panas apabila ais menjadi cair.

    Mungkin juga timbul risiko beruang kutub memakan bangkai walrus yang dijangkiti. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rakyat Pakistan digesa berada dalam rumah berikutan gelombang haba

    ISLAMABAD, 22 MEI - Pihak berkuasa di Pakistan kelmarin menggesa orang ramai untuk tinggal di dalam rumah kerana negara itu dilanda gelombang haba melampau...