Wednesday, May 22, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Sri Lanka tambah 49 zon pelancongan

    COLOMBO, 30 APRIL – Kerajaan Sri Lanka merancang untuk menambah 49 lokasi tambahan sebagai zon pelancongan rasmi, kata Menteri Pelancongan, Diana Gamage di sini kelmarin, lapor Xinhua.

    Dalam sidang media, beliau berkata lokasi berkenaan akan disiarkan dalam warta selama sebulan untuk promosi sektor pelancongan.

    Gamage merancang untuk tubuhkan jawatankuasa khusus untuk mencegah dan memantau penipuan dan rasuah dalam sektor pelancongan.

    Beliau berkata kerajaan sedang memperkemas proses pembelian tiket secara dalam talian dan meningkatkan sistem dalam talian bagi menambah baik kemudahan pelancongan di Sri Lanka.

    Pelancongan adalah antara sumber pendapatan pertukaran asing utama bagi Sri Lanka.

    Pada 2023, pendapatan pelancongan Sri Lanka berjumlah AS$2.1 bilion, menurut data rasmi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...