Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Pencemaran udara di Laos tidak selamat

    VIENTIANE, 28 MAC – Banyak bahagian Laos dilitupi jerebu tebal dengan paras PM 2.5 yang jauh melebihi paras selamat, menjejaskan kesihatan orang ramai dan mengurangkan jarak penglihatan di sesetengah tempat.

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaporkan hari ini bahawa indeks kualiti udara di wilayah Luang Prabang, Oudomxay, Luang Namtha dan Bokeo telah mencapai tahap tidak sihat, dengan kepekatan PM 2.5 melebihi 190 mikrogram setiap meter padu.

    Kepekatan PM 2.5 di wilayah Luang Prabang, kira-kira 220km ke utara ibu kota Laos, Vientiane, mencecah 413 mikrogram setiap meter padu, menurut laporan itu.

    PM 2.5, bahan zarah halus yang menyebabkan asap ialah bahan pencemar udara yang mengandungi zarah-zarah kecil dengan diameter kurang daripada 2.5 mikrometer.

    Lek Keovong, seorang lelaki berusia 29 tahun yang tinggal di wilayah itu berkata, “Berlari adalah sukan kegemaran saya kerana saya boleh menemui tempat baharu dan bertemu orang di sepanjang jalan. Tetapi sekarang saya perlu berhenti berlari seketika untuk melindungi diri saya daripada pencemaran udara yang berbahaya.

    “Saya melihat langit setiap hari dan menyedari betapa kotornya udara. Ada yang sakit kepala dan hidung rasa pedih selepas melakukan aktiviti luar hari ini. Ia sangat kotor,” katanya.

    Paras tinggi PM 2.5 di Laos itu disebabkan pembakaran belukar untuk memburu, membersihkan tanah untuk penanaman tanaman dan membakar sampah serta daun, menurut notis yang dikeluarkan pada Khamis lalu oleh kementerian berkenaan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -