Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Piala Malaysia bermula dengan aksi pusingan 16 terbaik

    KUALA LUMPUR, 4 OKT – Saingan Piala Malaysia musim ini menyaksikan perubahan format dengan kesemua pasukan akan memulakan cabaran seawal di pusingan 16 terbaik berbanding peringkat kumpulan seperti sebelum ini.

    Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor khususnya kepadatan kalendar dan impaknya kepada kejohanan itu.

    MFL turut menjadikan ramalan cuaca yang membimbangkan menjelang akhir tahun yang tidak akan memberi badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu sebarang ruang untuk penangguhan sekiranya diperlukan, sebagai alasan kepada perubahan format Piala Malaysia.

    “Justeru, ketiadaan perlawanan di peringkat kumpulan dapat memberikan ruang dan masa kepada kelab-kelab dan juga MFL yang sekali gus mengimbangi kualiti salah satu kejohanan paling tertua di Asia itu serta dan memastikan pencegahan kecederaan pemain,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...