Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PM Malaysia adakan lawatan rasmi ke Brunei

    PUTRAJAYA, 13 FEB – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi ke Bandar Seri Begawan dari 14 hingga 15 Februari 2022, lawatan rasmi pertamanya ke Brunei sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 21 Ogos tahun lepas. 

    Wisma Putra  berkata dalam lawatan itu Ismail Sabri dijadualkan mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    “Kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan di samping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama pasca COVID-19 yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara. 

    “Ini termasuk perbincangan mengenai cadangan mewujudkan aturan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) melalui udara, kerjasama dalam bidang diplomasi kesihatan, dan cadangan ke arah pengukuhan kerjasama ekonomi,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.

    Pertemuan berkenaan akan disusuli dengan Majlis Santapan Rasmi yang akan dihoskan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

    Perdana Menteri juga akan menghadiri sesi pertemuan bersama diaspora Malaysia di Bandar Seri Begawan. – Bernama

    Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa berucap di Majlis Makan Malam bersama Generasi Baharu Felda baru-baru ini. Beliau akan mengadakan lawatan rasmi ke Bandar Seri Begawan bermula hari ini hingga 15 Februari 2022. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...