Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Duta: Rusia ‘tidak peduli’ sekatan Barat

    STOCKHOLM, 13 FEB – Moscow ‘tidak peduli’ mengenai risiko sekatan Barat sekiranya ia menyerang Ukraine, beritahu duta Rusia ke Sweden kepada akhbar Sweden.

    “Maafkan bahasa saya, tetapi kami tidak kisah mengenai sekatan mereka,” beritahu Viktor Tatarintsev kepada akhbar Aftonbladet dalam satu temu bual yang disiar di laman webnya lewat semalam.

    “Kami telah pun mempunyai sekatan yang amat banyak dan dari segi itu, sekatan mempunyai kesan positif ke atas ekonomi dan pertanian kami,” kata diplomat veteran itu, yang fasih bertutur dalam bahasa Sweden dan telah dihantar bertugas empat kali di negara Scandinavia itu.

    “Kami lebih mampu diri dan berjaya menambah eksport kami. Kami tidak mempunyai keju Itali atau Swiss, tetapi kami telah belajar menghasilkannya dengan kualiti yang sama dengan keju Rusia menggunakan resipi Itali dan Swiss,” kata beliau.

    “Sekatan baharu adalah positif tetapi tidak seteruk seperti yang dianggap Barat,” tambahnya.

    Tatarintsev menuduh Barat tidak memahami mentaliti Rusia. “Semakin Barat mendesak Rusia, semakin kuat respons Rusia,” katanya.

    Diplomat itu mengeluarkan komen tersebut ketika negara Barat bimbang Moscow sedang bersedia melancarkan serangan ke atas Ukraine, setelah mengepung jiran baratnya dengan lebih 100,000 tentera.

    Washington telah memberi amaran bahawa serangan mungkin bermula ‘pada bila-bila masa.’

    Tatarintsev menegaskan Moscow cuba mengelak peperangan daripada berlaku.

    “Itulah hasrat kepimpinan politik. Perkara terakhir yang diingini rakyat Rusia adalah peperangan.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...