Sunday, December 1, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Sua Muka bariga penggantian USMS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Unit Hubungan Masyarakat, telah mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Zon 4 Mukim Zon 2 Kampong Ayer, Daerah Brunei dan Muara, kelmarin bertempat di Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Bolkiah A.

    Mengetuai rombongan semasa program tersebut ialah Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini, dengan disertai oleh beberapa pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.

    Program dimulakan dengan mukadimah daripada ketua rombongan di mana beliau menekankan mengenai peranan jabatan tersebut sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam membarigakan apa jua maklumat yang terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat serta penduduk di negara ini melalui beberapa landasan antaranya ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei.

    Sebagai salah satu program di bawah strategi kerja jabatan itu iaitu Komunikasi Bersemuka, ia dihasratkan dapat mengeratkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program hubungan masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

    Sejak 2022 hingga hari ini, program tersebut telah dikendalikan bagi 60 buah kampung seluruh negara. Melalui program itu juga dikongsikan pesanan awam mengenai penyebaran maklumat palsu, impaknya dan juga tatacara untuk membuat laporan mengenainya.

    Pada program itu turut disampaikan tentang maklumat dan pembarigaan mengenai TID Rollover Fasa Kedua dan Program Penggantian Mandatori kepada sistem meter pintar (Unified Smart Metering System – USMS) dari Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Tenaga dan USMS.

    Sementara itu, Pemangku Ketua Kampung Zon 4 Kampong Ayer, Awang Shamsuddin bin Haji Maidin, turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas peluang dan kesempatan yang telah diberikan sepanjang program itu di mana ia telah memberikan manfaat kepada penduduk kampung masing-masing melalui penyampaian maklumat-maklumat terkini oleh agensi-agensi k erajaan yang perlu diketahui oleh penduduk kampung sekali gus membantu mengukuhkan hubungan erat di antara pihak kerajaan dan penduduk kampung.

    Selain itu, program berkenaan juga diisikan dengan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan antaranya berkaitan dengan keselamatan, kebajikan, alam sekitar, ekonomi, prasarana dan kemudahan awam di kampung-kampung berkenaan.

    Dayang Sastra Sarini bergambar ramai semasa program tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda