Thursday, May 9, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Projek pelaburan IndiaAI bernilai AS$1.25 bilion diluluskan

    NEW DELHI, 8 MAC – Kerajaan India kelmarin meluluskan pelaburan AS$1.25 bilion dalam projek kecerdasan buatan (AI), kata pegawai.

    “Sebagai lanjutan kepada visi Making AI in India dan Making AI Work for India, kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Narendra Modi telah meluluskan misi IndiaAI peringkat kebangsaan yang komprehensif dengan perbelanjaan bajet AS$1.25 bilion,” kata kerajaan dalam satu kenyataan.

    Menurut kerajaan, misi IndiaAI akan mewujudkan ekosistem komprehensif yang memacu inovasi AI melalui program strategik dan perkongsian merentas sektor awam dan swasta.

    “Dengan mendemokrasikan akses pengkomputeran, meningkatkan kualiti data, membangunkan keupayaan AI asli, menarik bakat AI terkemuka, membolehkan kerjasama industri, menyediakan modal risiko permulaan, memastikan projek AI yang memberi kesan sosial dan mengukuhkan AI beretika, ia akan memacu pertumbuhan ekosistem AI yang bertanggungjawab dan inklusif,” kata kerajaan.

    Misi itu akan dilaksanakan oleh Bahagian Perniagaan Bebas IndiaAI di bawah Digital India Corporation.

    “Misi IndiaAI yang diluluskan akan mendorong inovasi dan membina kapasiti domestik untuk memastikan kedaulatan teknologi India. Ia juga akan mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk memanfaatkan kelebihan demografi negara,” kata kerajaan. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...