Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Puteri Sarah sifatkan Syamsul sebagai kawan

    Kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof mungkin masih belum bertemu titik noktah.

    Namun perkongsian terbaharu pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menarik perhatian pengikutnya apabila menyifatkan hubungannya dengan Syamsul kini tidak lebih daripada sebagai seorang kawan.

    Apa menarik perhatian, Puteri Sarah turut berterima kasih kepada pengarah itu yang sudi meluangkan masa bersama anak-anak ketika dia berada di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

    “Kita dah kawan baik kan Syamsul… Terima kasih luangkan masa dengan anak-anak masa saya dekat Jakarta,” katanya.

    Puteri Sarah berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya hari ini.

    Menerusi hantaran sama, pelakon itu turut memuat naik paparan skrin daripada sebuah portal yang menyiarkan artikel bertajuk “Nak berbaik demi anak-anak – Puteri Sarah.”

    Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah melangsungkan perkahwinan pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Summayah, 5 tahun.

    Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu pada 18 April lalu. – Agensi

    Sarah berterima kasih dengan Syamsul kerana jaga anak-anak. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    20 maut bas jatuh dalam gaung

    KHAPLU, 3 MEI - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung di wilayah pergunungan utara Pakistan, kata polis hari ini. Dalam...