Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Rizky Billar mengaku masih cintakan Lesti Kejora, tak terfikir nak bercerai

    Meskipun sudah tidak lagi tinggal sebumbung, pelakon Rizky Billar enggan berpisah dengan isterinya iaitu Lesti Kejora.

    Memetik laporan Detik Hot, peguam yang mewakili Rikzy menyatakan bahawa pelakon berkenaan masih mencintai isterinya ketika ini.

    Menurut Ade Erfil, anak guamnya itu tidak pernah terfikir untuk bercerai walaupun pelbagai kontroversi sedang melanda rumah tangga mereka.

    “Rizky tidak mahu menceraikan isterinya kerana mereka ada anak dan dia sangat mencintai isterinya,” katanya.

    Tambahnya, kekerasan yang dilakukan Rizky terhadap Lesti masih belum terbukti dan pertengkaran itu menjadi satu kebiasaan dalam rumah tangga.

    “Mana buktinya? Perkara itu perlu dibuktikan untuk benar agar orang ramai tidak salah sangka.

    “Dalam rumah tangga bergaduh itu perkara biasa dan akan berulang kali,” jelasnya.

    Sebelum ini, tular video di media sosial yang memaparkan Rizky membaling bola snuker ke arah isterinya dipercayai dalam keadaan marah.

    Malah Rizky juga dikatakan telah melafazkan talak kepada Lesti ketika pertengkaran tersebut. – Agensi

    Rikzy menyatakan bahawa dia masih mencintai isterinya ketika ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jasad Anna Gutu, malim gunung ditemui selepas setahun hilang

    KATHMANDU, 19 MEI - Sepasukan pendaki gunung telah mendapatkan mayat pendaki Amerika Syarikat (AS) dan malim gunung yang tertimbus dalam runtuhan salji di Gunung...