Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Fowler kongsi kedudukan mendahului

    INZAI, JAPAN, 14 OKT – Rickie Fowler merebut tempat berkongsi di kedudukan mendahului di Kejohanan Zozo Jelajah PGA AS, di Jepun hari ini ketika juara bertahan, Hideki Matsuyama mengharungi hari yang ‘sangat memberi tekanan’.

    Fowler mencatatkan bogey-free tujuh bawah par 63 di pusingan kedua untuk mendahului bersama rakan senegaranya dari Amerika Syarikat (AS), Andrew Putnam di 10-bawah di Narashino Country Club.

    Pemain kegemaran peminat tuan rumah, Matsuyama berada di kedudukan ke-49 selepas 69, 10 pukulan mengejar pendahulu. Sementara pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo, Xander Schauffele berkongsi kedudukan di tangga ke-13, enam pukulan di belakang pendahulu.

    Matsuyama, pemenang pertama kejohanan utama lelaki Jepun, menjadi pemain tumpuan minggu ini di Chiba, berhampiran Tokyo, dengan ribuan penonton menyaksikan perlawanannya.

    Tetapi banyak cabaran perlu ditempuhi pada hujung minggu sekiranya dia ingin mengekalkan gelaran yang dimenanginya tahun lalu dengan pukulan eagle pada lubang terakhir.

    “Dua pusingan yang sangat memberikan tekanan,” kata pemain ranking nombor 19 dunia.

    “Jika saya tidak mencatat mata yang besar esok, ia akan menjadi sangat sukar untuk saya memenangi gelaran.”

    Bekas juara Masters AS, Matsuyama melakukan dua pukulan birdie, satu bogey dan bergelut dengan pukulannya sepanjang pusingan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...