Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Seronok main hoki guna magnet!

    Oleh Amri HTZ –

    Bermain merupakan salah satu kegiatan penting yang boleh meningkatkan kreativiti, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya.

    Perkara ini bukan sahaja berguna kepada golongan kanak-kanak, malahan semua peringkat umur. Selain mampu meredakan tekanan, ia juga boleh merapatkan silaturahim terutama ketika dimainkan bersama.

    BARANGAN YANG DIPERLUKAN

    Projek DIY kali ini akan mereka permainan hoki menggunakan bola pingpong yang digerakkan oleh magnet pada bahagian bawahnya menggunakan tangan. Untuk merekanya, sediakan barangan seperti:

    Gergaji mitre
    Papan
    Gerudi elektrik
    Skru
    Gam kayu
    Pita pengukur
    Pita perekat
    Mata gerudi hole saw
    Magnet
    Papan akrilik

    POTONG PAPAN TERSEDIA

    Rekaan dalam projek ini akan menggunakan papan berukuran 1 x 3 inci untuk rangka utama.

    Jika papan yang dimiliki lebih lebar daripada diperlukan, kecilkan ukurannya menggunakan sama ada mesin pemotong kayu meja atau circular.

    Gambar 1. – Gambar oleh KJMagnetics
    Gambar 2. – Gambar oleh KJMagnetics
    Gambar 3. – Gambar oleh KJMagnetics
    Gambar 4. – Gambar oleh KJMagnetics
    Gambar 5. – Gambar oleh KJMagnetics
    Gambar 6. – Gambar oleh KJMagnetics
    Gambar 7. – Gambar oleh KJMagnetics
    Gambar 8. – Gambar oleh KJMagnetics
    Gambar 9. – Gambar oleh KJMagnetics
    Gambar 10. – Gambar oleh KJMagnetics

    Selain penggunaan mesin, menggergajinya secara manual juga boleh dilakukan.

    Manakala tebalnya pula bukanlah suatu kemestian tetapi keseluruhan bahagian mestilah mempunyai ketebalan yang sama. (Gambar 2)

    Papan 1 x 3 inci tersedia akan dipotong dengan ukuran 24 inci dua batang bagi bahagian sisi dan 12 inci dua batang untuk atas dan bawah rangka utama rekaan.

    Sementara itu, untuk bahagian bawah rangka utama, kayu penyokong diperlukan berukuran 2 x 1 inci bagi membolehkan papan lapis atau akrilik ditempatkan.

    Panjang kayu diperlukan ialah 24 inci dua batang (sisi kanan dan kiri) dan 10 inci tiga batang (bahagian atas, bawah dan tengah). (Gambar 3)

    CANTUM RANGKA UTAMA

    Papan-papan rangka utama yang terpotong kemudian dicantumkan menjadi satu.

    Sebelum menetapkan kedudukannya menggunakan skru, pastikan permukaan cantuman disapukan menggunakan gam kayu. Ini bertujuan memastikan cantuman akan benar-benar kukuh memandangkan banyak pergerakan akan dilakukan padanya ketika bermain yang akan menyebabkan cantuman menjadi longgar. (Gambar 4)

    Ini diikuti dengan mencantumkan rangka untuk bahagian bawah. Namun kali ini tiada gam kayu diperlukan bagi membolehkan papan pada bahagian tengah dimasukkan atau dikeluarkan dengan mudah.

    Gunakan skru khusus kayu untuk menetapkan kayu-kayu tersebut. (Gambar 5)

    Sementara itu, bagi bahagian kaki rekaan, lebihan kayu berukuran 1 x 3 inci sebelumnya akan dipotongkan dengan panjang 12 inci untuk empat batang.

    Sama seperti langkah sebelumnya, sapukan permukaan cantuman menggunakan gam kayu namun pastikan permukaan kayu pada bahagian bawah rangka utama perlu dielakkan bagi membolehkannya dibuka pasang.

    Gunakan sekurang-kurangnya dua skru untuk menetapkan kedudukannya. (Gambar 6)

    REKA PAPAN PERMUKAAN UTAMA

    Papan lapis dan akrilik berketebalan sekurang-kurangnya ¼ inci diperlukan dalam projek ini.

    Ia bagi memastikan papan utama permainan tidak mudah melengkung sekali gus mengganggu masa permainan.

    Setelah itu, dua lubang akan ditebuk pada bahagian tengah kedua-dua bahagian hujung papan pada kedudukan 1½ inci dari bahagian hujung kayu. (Gambar 7)

    Sebelum menebuknya, pita perekat akan dilekatkan pada permukaan papan lapis berfungsi bagi mengurangkan kerosakan pada permukaan potongan ketika langkah menebuknya.

    Jika tidak, akan terdapat serpihan kayu yang terdedah sekali gus mengganggu atau merubah pergerakan objek (bola) ketika melaluinya.

    Namun jika ia berlaku, awda boleh membersihkan permukaannya sama ada menggunakan pisau utiliti yang tajam atau menggosokkannya menggunakan kertas pasir.(Gambar 8)

    BERSIHKAN PERMUKAAN REKAAN

    Papan lapis yang telah ditebuk kemudiannya akan dimasukkan pada bahagian tengah rangka utama.

    Jika terdapat permukaan yang tidak rata atau terlalu ketat untuk dimasukkan, perbaikinya sama ada menggunakan ketam kayu atau menggosoknya menggunakan kertas pasir berukuran 60 grit.

    Selain itu, keseluruhan permukaan utama rekaan juga akan digosok menggunakan kertas pasir berukuran 400 grit bagi menghalusinya. (Gambar 9)

    Untuk mengerakkan bola permainan, thumbtack yang telah dipotongkan bahagian pinnya akan digunakan sebagai penggerak bola permainan dibantu oleh magnet dari bahagian bawah.

    Jika awda hanya memilih untuk menggunakan papan lapis tanpa akrilik di atasnya, sapukan permukaan permainan dengan wood wax agar memastikannya cukup licin untuk mengerakkan thumbtack tersebut.

    Tip rekaan

    Gunakan magnet yang cukup kuat bagi memudahkan thumbtack digerakkan dengan cepat.

    Papan akrilik merupakan satu pilihan untuk digunakan memandangkan ia mempunyai permukaan yang licin sekali gus memudahkan pergerakan dilakukan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...