Tuesday, April 30, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Siapa nak kahwin, kemudian cerai-berai?

    “Tidak ada masa hendak cari pasangan buat masa ini.”

    Itu reaksi penerbit, Datuk A Aida apabila ditanya apakah mahu membuka pintu hati mencari pasangan hidup selepas berdepan episod kegagalan dalam perkahwinan.

    Sebaliknya, Aida mengakui bahagia hidup bersendirian kerana mempunyai komitmen.

    “Saya sebenarnya, buat masa sekarang, tidak fikir langsung cari pasangan hidup.

    “Sekarang ini, saya gembira hidup sendirian, Itu sahaja. Sebab saya wanita bekerjaya, sibuk dengan macam-macam perkara. Jadual saya agak padat,” katanya dalam program hiburan popular, Melodi, baru-baru ini.

    Reda ketentuan ilahi, A Aida gembira hidup solo – Agensi

    Aida mendedahkan ramai jejaka mendekati, namun, hatinya belum terbuka lagi. Aida turut cemburu melihat kebahagiaan yang dikecapi rakan-rakan dan adik-beradik bersama suami.

    “Ramai yang mendekati tapi buat masa ini hati saya belum terbuka lagi. Kadang-kadang apabila saya tengok kawan-kawan dan adik saya bahagia bersama suami, saya sedih juga.

    “Saya teringat kata-kata emak saya. Beliau cakap Tuhan beri segala-galanya kepada saya. Tetapi, emak cakap, kalau suami, Allah belum bagi lagi… Begitulah.

    “Saya cemburu tengok adik-adik saya walaupun mereka tidak kerja besar, tetapi hidup bahagia. Macam saya, ada semuanya tetapi Tuhan belum bagi suami untuk bimbing saya,” luahnya.

    Aida turut menitipkan pesanan kepada anak sulungnya yang bakal mendirikan rumah tangga kelak.

    “Bagi saya, jodoh dan ajal di tangan Allah. Siapa hendak kahwin tapi cerai-berai. Macam saya, orang selalu tanya ‘engkau ni asyik kahwin dan cerai’. Adakah orang hendak begitu?

    “Semestinya, kita kalau hendak bernikah pasti mahu bahagia sampai Jannah.

    “Tetapi Tuhan sudah tulis semuanya, hendak buat macam mana? Kita sedaya upaya pertahankan, kalau sudah tidak ada jodoh, hendak buat macam mana,” tambahnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...