Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Enaknya mi jawa

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Mi jawa merupakan salah satu hidangan ala-ala Indonesia, ia sangat mudah untuk disediakan dan memiliki rasa yang sangat sedap. 
     
    Bahan dan cara penyediaan mi jawa adalah hampir serupa dengan mi rebus namun bahan untuk mi jawa ini lebih ringkas. 
     
    Kekuatan hidangan ini terletak pada kuahnya, dan jika penyediaanya dibuat dengan baik pastinya akan menambat hati semua orang.
     
    Ia merupakan masakan gandingan mi dan telur rebus sahaja pada ketika dahulu, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama dengan rempah ratus dan udang kering. 
     
    Bahan utama asas adalah udang kering, memang rasa pekat kuahnya mengukur kesedapan semasa menyantapnya. 
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Di samping itu, ia juga akan menjadi lebih menyelerakan dan sedap mengikut cita rasa dengan menggunakan banyak udang kering sebagai kuahnya.
     
    BAHAN-BAHAN
     
    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat mi jawa adalah seperti dua paket mi kuning, minyak untuk menumis (anggarkan setengah mangkuk), cili kisar, serbuk rempah kari daging, air rebusan daging, satu ketul kiub daging atau kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Manakala bahan-bahan yang digunakan untuk kisar halus adalah seperti, enam biji bawang merah, enam ulas bawang putih, dua batang serai yang dihiris hingga nipis, dua inci halia, dua inci lengkuas dan dua sudu besar udang kering.
     
    Bahan-bahan untuk taburan (condiment) pula adalah seperti daging yang direbus dan hiris nipis, telur rebus, tauge, daun bawang yang dihiris hingga nipis, bawang goreng, cili merah yang dihiris hingga nipis, limau nipis dan tauhu goreng yang dihiris hingga nipis dan telur.
     
    CARA PENYEDIAAN
     
    Mula-mula celur mi kuning dan tapis airnya. Boleh gaulkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mi tidak terlalu melekat bila sejuk nanti, seterusnya rebus daging hingga empuk dan asingkan airnya untuk kegunaan semasa penyediaan kuah nanti. 
     
    Selepas itu panaskan minyak dan tumis cili kisar bersama rempah kari daging sehingga garing. Kemudian masukkan bahan kisar halus dan kacau sehingga pecah minyak, namun boleh tambah sedikit air jika takut hangus. 
     
    Selepas itu masukkan air rebusan daging dan kiub daging atau ayam, masak sehingga kuah mendidih dan kacau dengan perlahan. 
     
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah itu masukkan sedikit mi ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan taburan. Tuang kuah secukupnya dan siap untuk dihidang. 
     
    Berkongsi mengenai tips tambahan pula, mi hanya perlu dicelur seketika supaya tidak lembik apabila dihidangkan bersama kuah mi jawa nanti, selepas dicelur taburkan dengan sedikit minyak zaitun supaya mi tidak melekat apabila sejuk. Selamat mencuba.
     

    Bahan-bahan:

    • 2 paket mi kuning
    • minyak untuk menumis, anggaran 1/2 mangkuk
    • 1 senduk cili kisar
    • 3 sudu besar serbuk rempah kari daging
    • air rebusan daging
    • 3 ketul keledek, rebus dan tumbuk atau kisar halus
    • 1 ketul kiub daging atau kiub ayam
    • garam dan gula secukup rasa

    • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    o 6 biji bawang merah
    o 5 ulas bawang putih
    o 2 batang serai, hiris nipis
    o 2 inci halia
    o 2 inci lengkuas
    o 2 sudu besar udang kering

    Bahan-bahan untuk taburan (condiment):
    o daging yang direbus, hiris nipis
    o telur rebus
    o taugeh, celur
    o daun bawang, hiris hiris
    o daun sup, hiris nipis
    o bawang goreng
    o cili merah, hiris nipis
    o limau nipis
    o tauhu goreng, hiris nipis
    o telur

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lawatan Putera Mahkota Saudi ke Jepun ditangguh

    TOKYO, 20 MEI - Lawatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman ke Jepun terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan kesihatan bapanya, Raja Salman yang kurang...