Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    StanChart terima anugerah Bank Digital Terbaik

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Bank Standard Chartered Brunei (StanChart) buat kali kesembilan, telah menerima Anugerah Bank Digital Terbaik daripada The Digital Banker melalui Anugerah Inovasi Perbankan Runcit Global.

    Anugerah itu merupakan bukti tumpuan berterusan, peningkatan dan pelaburan yang dilakukan dalam laluan bank itu ke arah pendigitalan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank StanChart, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

    Menurutnya, perjalanan digital mereka termasuklah mengautomasikan proses menyeluruh, meningkatkan sistem dan mengubah cara bank berkomunikasi dengan pelanggan.

    Semuanya dilakukan melalui format digital dan usaha pendigitalan bank dalam semua bidang telah mengemudi cara kerja serta berfikir yang menumpukan pelanggan.

    Dalam pada itu, Ketua Perbankan Perniagaan Peribadi Pelanggan (CPBB), Jocelane Basir berkata pandemik telah mempercepatkan lagi keperluan digital dalam semua aspek kehidupan.

    Kepantasan dan penyesuaian kepada perubahan sambil mengekalkan pendekatan yang kukuh terhadap keselamatan dan pengurusan risiko untuk memastikan pelanggan mereka selamat dalam talian dipacu sepenuhnya oleh keperluan pelanggan mereka. Ia menjadi tumpuan menyeluruh di Bank Standard Chartered.

    Keupayaan Perbankan Online dan Aplikasi Mudah Alih StanChart direka untuk memenuhi keperluan pelanggan mengikut keselesaan mereka, jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    20 maut bas jatuh dalam gaung

    KHAPLU, 3 MEI - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung di wilayah pergunungan utara Pakistan, kata polis hari ini. Dalam...