Monday, May 6, 2024
22.9 C
Brunei

    -

    Taman skate serlah kredibiliti remaja hopi

    PERKAMPUNGAN TEWA, ARIZONA – Sekumpulan remaja bermain papan selaju di gelanggang bola keranjang dan di tempat letak kereta, melalui persimpangan lebuh raya dan menyusuri jalan yang berpusing dari puncak rata yang menjulang di atas padang pasir yang tinggi.

    Mereka membangunakan sebuah taman untuk bermain papan selaju dengan menggunakan landasan rel lama dan kayu. Kadangkala mereka menggunakan papan selaju untuk membawa bahan ke taman itu. Semasa pandemik melanda, di mana orang ramai diarah untuk menjalani perintah berkurung dan memakai pelitup muka, taman Hobi menjadi tempat mencari ketenangan untuk pengemar papan selaju.

    Tetapi taman itu kekurangan kawasan khusus untuk meluncur. Jadi sekumpulan remaja Hopi berusaha untuk mendirikan tempat untuk bermain, dengan membuat projek yang pada mulanya mereka menjangka ia akan mengambil masa selama berbulan-bulan dan mempamerkan nilai budaya Hopi sumi’nangwa – beramai-ramai mengikut serta demi kebaikan.

    “Saya harap ini akan memberi inspirasi kepada kumpulan belia lain untuk mencuba dan melakukan sesuatu seperti ini untuk menjadikan komuniti Hopi tempat yang lebih baik untuk generasi masa depan rakyat kita,” kata Quintin “Q” Nahsonhoya, salah seorang daripada ketua bersama projek.

    Taman papan selaju dibuka pada lewat musim bunga di Kampung Tewa. Ia diberi nama Skate 264 dengan keluasan 2,500 meter persegi. Taman Hopi menghubungkan lebih beberapa buah kampung. Kira Nevayaktewa menghasilkan logo yang menampilkan seekor kucing yang merupakan sebahagian daripada krew.

    Gambar menunjukkan beberapa orang melakukan pembinaan pad konkrit untuk tanjakan papan selaju di Kampung Tewa. – AP
    Terrill Humeyestewa melakukan trik menggunakan papan selaju. – AP
    Belia Hopi melakukan pengumpulan dana untuk pembinaa tempat skate. – AP
    Kira Nevayaktewa menunjukkan logo yang diciptanya untuk tempat skate di Kampung Tewa. – AP
    Tempat skate Hopi di Kampung Tewa di tanah rizab Hopi, timur laut Arizona. – AP

    Kumpulan belia itu mula-mula ingin memastikan masyarakat mahukan taman papan selaju, jadi mereka membuat tinjauan ke atas penduduk yang menyokong idea itu. Kumpulan itu menerima geran untuk penjenamaan, menjual barangan untuk mengumpul wang, mendapatkan sebidang tanah dan mendapatkan bahan yang didermakan melalui perkongsian.

    Taman papan selaju telah didirikan di seluruh Indian Country sejak beberapa tahun kebelakangan, kebanyakannya diterajui oleh belia. Beberapa orang penganjur menganjurkan pertandingan seperti di Pine Ridge Indian Reservation di South Dakota atau All Nations Skate Jam yang diadakan semasa Gathering of Nations powwow di Albuquerque, New Mexico, ke tempat yang lebih kecil seperti di Hopi.

    Orang asli Amerika juga telah mencipta jenama papan selaju mereka sendiri yang menampilkan reka bentuk tradisional digabungkan dengan rekaan moden. Sukan meluncur papan selaju telah mendapat penerimaan di kalangan Orang Asli sejak ia mula diperkenalkan pada Sukan Olimpik 2020, kata Betsy Gordon, yang mengendalikan pameran papan selaju dalam komuniti Orang Asli di Muzium Kebangsaan Orang India Amerika Smithsonian.

    “Ia memberikannya kuasa pada orang dewasa, orang yang membuat peraturan atau yang membiayai (taman skate),” katanya.

    Pembangunan tempat skate Hopi, yang terdiri daripada golongan remaja mula bekerja di situ pada akhir 2020 menjelaskan bahawa papan selaju adalah untuk semua orang. Ikuti rentak awda sendiri. Cipta gaya awda sendiri. Tiada siapa yang sempurna daripada melakukan kesilapan, kata mereka.

    Dalam salah satu video mereka, seseorang mengambil papan selaju buat kali pertama, mempelajari trik baharu dan diraikan walaupun dia tidak mendaratkannya dengan betul.

    “Bagi Hopi, banyak perkara perlu dilakukan dan jangan mudah berputus asa,” kata Terrill Humeyestewa, salah seorang ketua bersama.

    “Papan selaju adalah sejenis prinsip yang sama seperti itu. Berfikiran yang baik , kuatkan hati, fikirkan untuk apa awda melakukannya dan semuanya akan berjalan lancar.”

    Pemimpin bersama yang terlibat, Laela Nevayaktewa dan Jacque Thorpe, mempunyai gabungan sikap pemalu dan lantang. Setiap daripada mereka menjadi selesa bercakap dengan orang di luar lingkungan keluarga dan rakan mereka. Mereka mendapat kelulusan daripada Kampung Tewa untuk tanah untuk membina taman papan selaju, tidak ada kejayaan kecil di tanah puak di mana pembangunan memerlukan kelulusan daripada puak, pemegang permit atau komuniti yang lebih besar.

    Kumpulan itu mengumpul wang dengan menjual beanies, pelekat dan baju di gerai tepi jalan. Bapa Nahsonhoya, Brandon, dan ibu tiri, Valaura, berkhidmat sebagai penaja dan mewujudkan perkongsian dengan syarikat papan selaju kawasan Phoenix yang menyumbangkan ramp dan kelengkapan. Ahli keluarga lain dan komuniti membantu dengan kerja tangan, memberi makan kepada kru atau memberikan bimbingan.

    Beberapa ketua bersama telah menamatkan pengajian tinggi sejak memulakan projek, yang lain sedang menamatkan. Walaupun keselamatan menjadi keutamaan, mereka berkata mereka juga mahu membawa kegembiraan kepada orang lain, untuk kekal aktif dan mengelakkan pengaruh buruk melalui papan selaju.

    “Ia menghalang awda daripada melakukan apa-apa dengan masa awda, dan itulah cara saya melihat Hopi dan papan selaju bersatu, mengisi hari dan masa dengan sesuatu yang positif,” kata Thorpe. Mentor yang lebih berpengalaman meminjamkan kemahiran mereka untuk penghasilan video, fotografi, reka bentuk grafik dan penganjuran untuk memastikan kumpulan berada di landasan yang betul dan menggalakkan mereka.

    “Saya tidak tahu tentang papan selaju, tetapi apa yang saya tahu ialah penganjuran komuniti dan pengumpulan dana tempatan, dan saya mempunyai banyak hubungan dalam komuniti, jadi saya boleh memikirkannya semua,” jelas Samantha Honanie, seorang mentor, memberitahu kumpulan.

    “Jika mereka percaya pada diri mereka sendiri, kami akan membimbing mereka melalui keseluruhan proses ini,” kata Paul Molina, mentor lain. Kampung Tewa kini menyelia taman dan akhirnya akan mempunyai pengawal keselamatan untuk mengawal kawasan itu. Pemimpin kampung berharap untuk menambah lampu dan gelanggang bola keranjang di samping padang sofbol untuk belia, kata Deidra Honyumptewa, pengerusi lembaga pengarah kampung.

    “Ia adalah bukti besar kepada pemimpin, atau orang yang lebih tua kami, bahawa kanak-kanak boleh menyelesaikan sesuatu dan mereka melihat keperluan untuk itu,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...