Monday, May 6, 2024
26.2 C
Brunei

    -

    Tesla kurangkan harga jualan dua model EV di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 26 APRIL – Tesla menurunkan harga dua model keretanya, Model 3 dan Model Y sebanyak RM8,000, seiring dengan usahanya meningkatkan peralihan global ke arah penggunaan tenaga mampan dan menggalakkan pemilikan kenderaan elektrik (EV). 

    Pengeluar kereta elektrik itu berkata penurunan harga itu menjadikan EV Tesla lebih berpatutan dan mampu dibeli oleh kalangan pengguna yang lebih meluas.

    “Berkuat kuasa hari ini, Model 3 dan Model Y, masing-masing berharga RM181,000 dan RM191,000, dan pelanggan kini boleh memesan kedua-dua model itu di pusat pengalaman Tesla atau menerusi laman web rasmi Tesla.

    “Kenderaan Tesla layak mendapat pengecualian duti import dan eksais penuh, serta pengecualian cukai jalan 100 peratus, dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 untuk perbelanjaan berkaitan pengecasan EV,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Menurut Tesla harga untuk Model 3 (tidak termasuk yuran pendaftaran atas jalan) bermula daripada RM181,000 bagi Model 3 (pacuan roda belakang) dan RM210,000 untuk Model 3 Jarak Jauh (pacuan semua roda).

    Bagi harga Model Y (tidak termasuk yuran pendaftaran atas jalan), ia bermula pada RM 191,000 untuk Model Y (pacuan roda belakang); RM 238,000 untuk Model Y Jarak Jauh (pacuan semua roda) dan RM 280,000 untuk Model Y Performance (pacuan semua roda).

    Ia berkata melalui aplikasi Tesla, pengguna boleh mencari, menavigasi dan memantau status pengecas super dengan mudah, dengan proses pembayaran secara automatik bagi setiap penggunaan sebanyak RM1.25 setiap kilowatt jam.

    Setakat hari ini, Tesla mempunyai tujuh stesen pengecas super (36 pengecas) dan 10 stesen pengecas destinasi (61 pengecas) di Malaysia. – Bernama

    EV terbaharu Model 3 buatan Tesla diperkenalkan kepada awam di Pavilion Damansara Heights pada 19 Oktober 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...