Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Berkenan saksikan Kejohanan Polo Bulanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Polo Bulanan bagi Royal Brunei Polo and Riding Club (RBPRC) di Jerudong Park Polo and Riding Club, Jerudong.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah.

    Dalam kejohanan itu, Pasukan White yang diketuai oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, menjuarai kejohanan setelah menumpaskan Pasukan Green yang diketuai oleh YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dengan kiraan 5.5 berbalas tiga dalam empat ‘chukker’.

    Terdahulu, perlawanan menyaksikan Pasukan Black merangkul tempat ketiga setelah menumpaskan Pasukan Purple di tempat keempat dengan kiraan 10-3.

    Pegawai Tugas Khas Kanan, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahab  selaku Pengarah RBPRC juga hadir dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para peserta perlawanan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kelmarin, berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Polo Bulanan bagi Royal Brunei Polo and Riding Club (RBPRC) di Jerudong Park Polo and Riding Club, Jerudong. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan menyaksikan kejohanan yang berlangsung di Jerudong Park Polo and Riding Club. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Baginda Sultan, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan menyaksikan kejohanan. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama para peserta kejohanan. Turut menyertai ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH INFOFOTO
    YAM Pengiran Muda Bahar menerima hadiah yang disampaikan oleh Haji Abdul Karim. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Wanita mengaku tidak bersalah susulan 3 individu mati keracunan cendawan

    MELBOURNE, 7 MEI - Seorang wanita Australia yang dituduh membunuh mertuanya dengan daging lembu Wellington bercampur cendawan beracun, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh,...