Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Tiga ADUN angkat sumpah

    KOTA KINABALU, 26 JAN – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

    Mereka adalah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Ruslan Muharam yang juga ADUN Lumadan, ADUN Likas Tan Lee Fatt daripada DAP dan ADUN Inanam Peto Gadim daripada PKR.

    Ketiga-tiga ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan kemudian menandatangani surat sumpah jawatan masing-masing disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Ismail Brahim.

    Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.

    Pada 11 Januari lepas, Hajiji mengumumkan rombakan jemaah menteri Sabah yang antara lain menyaksikan Shahelmy dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III dan Masidi dilantik Menteri Kewangan negeri. – Bernama

    Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin ketika menyampaikan watikah pelantikan sebagai Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri kepada Datuk Roslan Muharam di Istana Seri Kinabalu, kelmarin. –Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    20 maut bas jatuh dalam gaung

    KHAPLU, 3 MEI - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung di wilayah pergunungan utara Pakistan, kata polis hari ini. Dalam...