Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Pertandingan tingkat celik kewangan

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Kementerian Pendidikan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Majlis Konvensyen Pertandingan CelikBiz ke-4 bagi penuntut-penuntut sekolah rendah seluruh negara dan Pertandingan BigStart ke-9 bagi sekolah menengah dan maktab seluruh negara telah berlangsung hari ini di Auditorium, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS).

    Pertandingan CelikBiz telah dijuarai oleh Kumpulan Amazing 5 dari Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49 dengan produk CERIA 49’s Amazing Race, sementara itu, Kumpulan Rataie WORRIORS dari Sekolah Rendah Rataie dengan produk Making Cents: Kids’ Housework menduduki tempat kedua dan Kumpulan The Mastermind dari Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49 dengan produk Money Ninja di tempat ketiga.

    Bagi Pertandingan BigStart ke-9 pada 2022 pula, juara disandang oleh Kumpulan Anak Brunei dari Mahad Islam Brunei dengan produk Brupoly, dan kumpulan S.A.S Financial Friends dengan produk Fun NENS dari Sekolah St Andrew memenangi tempat kedua manakala itu tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan The Counting PROS dari Sekolah Tinggi Raja Isteri dengan produk Risk Point GAME.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pada majlis anjuran Kementerian Pendidikan melalui Pusat Keusahawanan Inovasi (PKI) dengan kerjasama Unit Pendidikan Kewangan, Perkembangan Kurikulum itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pen-didikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

    Kedua-dua pertandingan berkenaan adalah pertandingan pendidikan keusahawanan dan inovasi yang bertemakan Literasi Kewangan bagi pelajar-pelajar Tahun 4 dan 5 bagi sekolah-sekolah rendah dan Tahun 9 dan 10 bagi maktab dan sekolah-sekolah menengah.

    Ini termasuk sekolah-sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah di bawah Jabatan Pendidikan Swasta dan Jabatan Pengajian Islam.

    Antara lain tujuannya adalah untuk membantu mempertingkatkan dan menyebarluaskan kepekaan serta kesedaran celik kewangan dalam pendidikan di sekolah-sekolah dan pada masa yang sama menerapkan pendidikan keusahawanan dan inovasi.

    Selain itu, ia juga mendokong agenda Majlis Kebangsaan Celik Kewangan dan sangat relevan dengan pelaksanaan pendidikan kewangan khususnya penerapan kompetensi-kompetensi yang terdapat dalam buku Kerangka Brunei Darussalam Financial Literacy Competency Framework For School Children and Adults yang telah diperkenalkan di peringkat rendah dan akan diteruskan pelaksanaannya pada peringkat menengah nanti.

    Kumpulan Anak Brunei dari Mahad Islam Brunei menerima hadiah johan yang disampaikan oleh Awang Aliuddin.
    Awang Aliuddin menyampaikan hadiah kepada Kumpulan Amazing 5 dari Sekolah Rendah Lambak Kanan selaku juara Pertandingan CelikBiz.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...