Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Tingkat amalan kerohanian dengan berdikir

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Kumpulan Dikir dan Tausyeh Santai Riang Ria

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Dalam sama-sama meningkatkan amalan kerohanian lebih-lebih lagi bersempena sambutan memperingati kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, lebih 30 orang ahli Kumpulan Dikir dan Tausyeh Santai Riang Ria telah mengadakan acara dikir ke rumah-rumah ahli.

    Sehubungan itu, majlis penutup dikir kumpulan berkenaan telah diadakan di Gerai Hashma, Kampung Salambigar, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Ketua Kampung Sungai Hanching dan Salambigar, Haji Abdul Rahman bin Safar.

    Dengan adanya acara yang julung kalinya dilaksanakan oleh kumpulan berkenaan, ia mampu meningkatkan lagi kecintaan kepada amalan berzikir mahu pun berselawat dalam kehidupan sehari-hari. Ia juga akan menjadi kegiatan tahunan pada masa-masa akan datang di samping memanfaatkan masa lapang dengan pelbagai kegiatan berkebajikan yang lain.

    Antara ahli Kumpulan Dikir dan Tausyeh Santai Riang Ria menghadiri majlis penutup acara dikir yang diadakan di Gerai Hashma, Kampung Salambigar, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...