Saturday, November 30, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ucapan hari lahir Fattah buat Fatima mengundang sebak

    Titipan ucapan hari lahir buat puteri tersayang, Nur Fatima Aisya yang dimuat naik pelakon Fattah Amin mengundang sebak di hati peminat, lapor BH Online.

    Biarpun hanya ucapan ringkas sempena hari jadi Fatima yang keempat, namun ia dikatakan sampai ke hati pengikutnya.

    Dalam hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG), Fattah turut meluahkan kerinduan terhadap anak tunggalnya itu.

    “Selamat hari lahir anakku, Nur Fatima Aisya Abdul Fattah.

    “Semoga membesar sihat menjadi anak yang solehah, bijak pandai, sihat walafiat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT. Daddy misses you,” tulisnya ringkas.

    Titipan ucapan hari lahir buat Fatima yang dimuat naik Fattah dalam IG mengundang sebak di hati peminat. – Majoriti

    Ucapan Fattah buat Fatima itu menerima lebih 60,000 tanda suka dan lebih 600 komen.

    Antara komen ditinggalkan pengikutnya dalam IG mengatakan kapsyen Fattah ringkas, tetapi sedih apabila dibaca.

    Seorang lagi peminat meninggalkan komen tersentuh dengan ucapan Fattah.

    “Tak tahu kenapa, lebih tersentuh baca posting daddy.”

    “Selamat hari lahir Nur Fatima Aisya Abdul Fattah. Semoga sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah membesar menjadi anak solehah. Aamin,” komen salah seorang peminat.

    Minggu lalu, pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah hadir ke Mahkamah Syariah Subang Bestari bagi prosiding perceraian.

    Bagaimanapun, Fattah masih belum bersedia melepaskan pelakon filem Pisau Cukur itu kerana mengakui masih sayangkan isterinya.

    Oleh itu, kes perceraian mereka ditangguh pada 7 Oktober ini. Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda