Monday, May 6, 2024
26.2 C
Brunei

    -

    Ukraine terima latihan Tank, Jet F-16 AS

    PARIS, 2 JUN – Pegawai tentera tertinggi Amerika berkata, latihan untuk pasukan Ukraine menggunakan kereta kebal Abrams AS yang canggih telah dimulakan, namun, senjata-senjata penting dalam jangka panjang dalam usaha untuk mengusir Rusia dari wilayah yang diduduki tidak akan siap tepat pada masanya untuk serangan balas Kyiv yang akan berlaku tidak lama lagi.

    Latihan kereta kebal itu dijalankan ketika Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya mula membuat perjanjian untuk melatih warga Ukraine menggunakan jet pejuang F-16, sebuah sistem canggih yang telah lama dicari. Pesawat itu akan menjadi sebahagian daripada pelan keselamatan untuk menghalang serangan masa depan, kata Jeneral Tentera AS, Mark Milley semalam ketika beliau tiba di Perancis.

    “Semua orang mengakui Ukraine memerlukan Tentera Udara yang moden,” kata Milley, pengerusi ketua turus bersama AS. “Ia akan mengambil masa yang agak lama,” tambahnya.

    Hasratnya adalah untuk menyediakan keupayaan untuk Ukraine dalam jangka pertengahan hingga panjang, kata Nicolas Vaujour, seorang naib laksamana yang merupakan ketua operasi kakitangan bersama Perancis dan bercakap kepada wartawan yang mengikuti rombongan Milley.

    Milley berkata, perancangan terperinci mengenai saiz kelas latihan F-16, jenis taktik terbang dan lokasi untuk latihan sedang diusahakan di AS dan sekutu seperti Belanda dan Britain yang telah berjanji untuk menyediakan F-16 buatan Amerika. AS tidak menyatakan sama ada ia akan menyediakan jet secara langsung, tetapi Presiden Joe Biden berkata AS akan menyokong latihan F-16 sebagai sebahagian daripada gabungan itu. – AP

    Pengerusi Ketua Turus Bersama AS, Mark Milley semasa acara di Amfiteater Memorial Tanah Perkuburan Negara Arlington di Arlington, Va., pada Hari Peringatan, pada 29 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...