Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    PBB salur AS$3 juta untuk pelarian di Bangladesh

    NEW YORK, 2 JUN – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini meluluskan bantuan kecemasan berjumlah AS$3 juta susulan siklon tropika Mocha yang melanda tenggara Bangladesh, lapor Xinhua.

    Setiausaha Agung PBB, Martin Griffiths yang juga penyelaras bantuan kecemasan, membenarkan peruntukan daripada Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat selepas kemusnahan akibat ribut di kem 40,000 pelarian Rohingya pada bulan lalu, kata Stephane Dujarric, jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

    “Dengan pembiayaan kecemasan ini, rakan kongsi kemanusiaan dapat memberi tumpuan kepada menyediakan tempat perlindungan, pembaikan infrastruktur, pembersihan serpihan dan tambahan barangan bantuan.

    “Sementara itu, Program Makanan Sedunia (WFP) terpaksa mengurangkan nilai baucar makanan kepada pelarian Rohingya daripada AS$10 kepada AS$8 (setiap orang) sebulan.

    “Ini adalah kali kedua WFP terpaksa mengurangkan catuan dalam masa tiga bulan sahaja,” katanya.

    Dujarric berkata pada Mac, baucar makanan dikurangkan daripada AS$12 kepada AS$10 dolar setiap orang kerana krisis pembiayaan.

    “Dalam kes ini, hampir sejuta pelarian Rohingya masih bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan untuk memenuhi keperluan asas mereka, termasuk makanan,” katanya.

    Dujarric berkata WFP merayu untuk memperoleh AS$50 juta bagi memulihkan bantuan makanan kepada AS$12 setiap orang sebulan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...