Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Vardy pastikan Leicester juara liga

    UNITED KINGDOM, 30 APRIL – Jamie Vardy menjaringkan dua gol ketika Leicester meraikan kehadiran mereka semula ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 3-0 di Preston sekali gus meraih gelaran juara Liga Kejuaraan.

    The Foxes lebih awal meraih tiket promosi ke saingan liga utama selepas Leeds United tewas 0-4 di QPR pada Jumaat lalu.

    Skuad kendalian Enzo Maresca memerlukan kemenangan di Deepdale bagi memastikan mereka tidak dipintas oleh Ipswich yang mempunyai kelebihan satu perlawanan dan mereka melakukannya hasil sumbangan besar kapten berusia 37 tahun.

    Vardy antara wira Leicester yang meraih gelaran bersejarah EPL pada 2016 dan anggota skuad yang menjulang Piala FA pertama mereka tiga tahun lalu.

    Dia tampil cemerlang pada perlawanan tersebut sekali gus berjaya mencatatkan rekodnya untuk musim ini dengan 20 gol.

    Reaksi Vardy meraikan gol selepas menjaringkan gol. – AFP

    “Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sukar tetapi kami berjaya menyelesaikannya.

    “Meraihnya bersama peminat adalah sesuatu yang hebat,” kata Vardy.

    “Bagaimana mungkin awda tidak suka menjaringkan gol? Terutamanya gol kedua, menjaringkan gol di hadapan penyokong, tidak ada perasaan yang lebih baik daripada itu,” tambahnya.

    Vardy membuka tirai jaringan apabila percubaan buruknya tersasar jauh di sudut palang pada minit ke-36 sebelum melakukan rembatan ke gawang yang tidak dikawal selepas rembatan Wout Faes melantun kembali setelah terkena palang.

    Kasey McAteer mengesahkan kemenangan apabila menanduk masuk hantaran lintang Abdul Fatawu 23 minit sebelum tamat perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah di Punjab ditutup selama 7 hari

    ISLAMABAD, 21 MEI - Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh...