Tuesday, May 21, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui

    CHENGDU, 30 APRIL – Persaraan juara dunia dua kali dari Jepun, Kento Momota bakal meninggalkan kesan mendalam terutama kepada bintang badminton dunia.

    Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone.

    Bagi beberapa pemain perseorangan lelaki seperti Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia, HS Prannoy dari India dan pemain nombor satu Jepun ketika ini Kodai Naraoka, ketiadaan Momota dari gelanggang akan dirasai.

    Meskipun hanya memenangi lima daripada 16 pertemuan dengan Momota, Ginting yang merupakan pemain ranking ketujuh dunia bangga kerana dapat bertarung dengan antara nama besar dalam sukan badminton sekali gus menguji kemahiran dan mencabar diri.

    “Pastinya selalu teruja setiap kali kita berdua bertemu di lapangan. Sangat menarik juga permainan dari kami berdua. Hal-hal itu pastinya dirindui bukan sahaja saya, malah penggemar badminton seluruh dunia,” katanya ketika ditemui.

    Pemain ranking kesembilan dunia, Prannoy berkata amat malang melihat bekas pemain nombor satu dunia itu bersara awal pada usia 29 tahun.

    Pemain berusia 31 tahun itu turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Momota yang akan menumpukan kepada pertandingan domestik di Jepun dalam usaha memberikan inspirasi kepada pemain muda untuk mengikut jejak langkahnya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...