Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Wanita dipenjara 6 tahun kerana bunuh perogolnya

    MEXICO CITY, 18 MEI – Seorang wanita peribumi di Mexico dijatuhi hukuman penjara enam tahun dua bulan pada hari ini kerana membunuh perogolnya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Mahkamah mengakui wanita itu, yang hanya dinamakan sebagai Roxana N, bertindak mempertahankan diri apabila dia membunuh penyerangnya pada 2021, namun berkata dia menggunakan kekerasan yang berlebihan.

    Wanita berusia 23 tahun itu pada mulanya menumbuk lelaki berkenaan hingga pengsan, kemudian mencekiknya dan akhirnya cuba mengerat badannya. Dia menyimpan mayat itu sekurang-kurangnya 20 jam sebelum memasukkannya ke dalam beg plastik dan meletaknya di atas jalan.

    Mahkamah berkata ia mengambil kira ‘kelemahannya sebagai seorang wanita dan warga pribumi’ dalam menjatuhkan hukuman.

    “Ia adalah tentang nyawa saya atau hidupnya,” kata wanita itu dalam temu bual dengan saluran berita Eme Equis. “Saya hanya mahu mempertahankan diri saya daripada perogol,” katanya sambil menambah dia bertindak kerana takut.

    Wanita itu bagaimanapun masih boleh membuat rayuan terhadap keputusan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    20 maut bas jatuh dalam gaung

    KHAPLU, 3 MEI - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh apabila sebuah bas terjunam ke dalam gaung di wilayah pergunungan utara Pakistan, kata polis hari ini. Dalam...